Assalamu'alaikum wbt.
Ini kali pertama ana menulis di blog ini. Sebelum ini hanya copy paste sahaja. Huhu.. (tapi mungkin ana jarang dapat menulis di laman ini, hanya berpeluang sekadar copy paste saja. Boleh ye?)
Emm, kenapa ana memulakan laman ini? Bila ditanyakan persoalan ini, ana kembali pada tujuan ana. Moga diberkatiNya dan diterima sebagai salah satu amal kebaikan. InsyaAllah.
Ana memilih tajuk blog ini sebagai.. "Wardatul Syauqah".
Wardatul Syauqah = Mawar berduri = Muslimah jagaan Allah yang sentiasa dipagari syariat Islam.
Seringkali apabila ana berpeluang bersama2 adik2 muslimat, ana pasti akan menyatakan bahawa ana sangat menyayangi muslimat. Sangat menyayangi adik2.. kenapa ye? mungkin kerana ana juga seorang muslimah. (hehe).
Subhanallah, dalam setiap penciptaan Allah ini begitu banyak tanda kebesaranNya. Dlm penciptaan kita (wanita), sungguh indah dan unik sekali. Dihadirkan di hati kita penuh sarat dengan kasih sayang, penuh kelembutan peribadinya, namun tetap tegas dalam mempertahankan syariat Islam. Emm, hanya seorang muslimah yang dapat merasainya mungkin... (,")
Pernah sekali, sewaktu menjadi fasilitator bagi sekumpulan adik2 muslimin yang masih remaja, ada yang memberitahu ana disaat akhir program, bahawa memang selain niat untuk mencari ilmu, terselit juga untuk niat untuk "mencari" seorang muslimat. Ohh.. saat itu ana terkejut. Hati mula berbisik sayu.. inikah generasi pemuda Islam?. syukur, ana tak sempat melatah, xsempat menunjuk riak muka yang tidak elok.
Sahabat ana di sebelah hanya tersenyum lantas memulakan bicaranya..
"Akak faham dik.
Saat remaja ini, keinginan dan perasaan ini adalah fitrah, ia hadir pada setiap manusia dengan izinNya. Perasaan itu suci dan bersih andai adik dapat memandu dengan cara betul dan tanpa sesekali melanggar syariat Islam.
Namun, saat ini, adik harus menilai manakah priority adik. Dan pada pandangan akak, tanggungjawab ilmu itu lebih utama. Belajarlah dengan bersungguh2. Tuntutlah ilmu sebaiknya dan gunakan masa muda ini untuk menjadi pendokong perjuangan Islam.
InsyaAllah, suatu hari nanti, akan tibanya masa untuk adik menyempurnakan tanggungjawab sebagai pemimpin sebuah keluarga pula."

Ya, ana mengiyakan kata2 shbt ana dalam hati. Mungkin kerana ana agak tegas dalam urusan ikhtilat, lantas ana hampir melatah tanpa berfikir dahulu. Syukur, Allah bukakan pintu hikmah. Ana harus memahami mad'u dihadapan ana, seorang remaja yang pastinya pada saat ini akan berhadapan dengan konflik perasaan ini. Dan sesungguhnya saat inilah saat yang paling mencabar bagi mereka dalam mencari identiti diri. Lalu, amat perlulah untuk kita membantu mereka agar perjalanan usia remaja mereka ini tidak tersasar dari jalan sebenar...
Begitu juga dengan remaja2 muslimat.. saat remaja ini adalah ujian dari Allah. saat mulanya hadir perasaan ingin menyayangi dan disayangi. Di laman ini, ana ingin berkongsi dengan mereka.. bahawa memelihara diri sebaiknya, menjaga hati sebolehnya, dan meletakkan cinta Allah lebih utama itu sungguh indah. Sungguh dekat dengan Allah, kerana kita dapat merasakan jagaanNya.

Tidak ingin rasanya diri ini melihat kitalah yang menjadi punca seorang pemuda Islam lelah dalam perjuangan Islamnya, kitalah punca yang mengheret mereka dalam cinta yang masih tidak pasti.. malah ana paling takut dan berharap janganlah kita menjadi orang yang sanggup menggadai maruah! Na'uzubillah..
InsyaAllah, suatu hari nanti, dengan izinNya, akan tiba saatnya kita menjadi sayap kiri, juga menjadi ummi kepada bakal mujahid dan mujahidah.. dan biarlah ia hadir dlm perjalanan yang diredhaiNya, sebuah bait muslim sebagaimana yang diperintahkan Allah.
Ana bukanlah muslimah yang sebaik2nya, kerana ana juga insan lemah, serba kekurangan, yang hampir dan kadang2 tewas dalam ujian, namun izinkan diri ini menyampaikan sekadar mampu buat adik2 dan shbt2 muslimat tersayang. Dan sesungguhnya dengan petunjuk dan hidayah Allah jua yang mengizinkan diri ini untuk memberi.
Marilah kita menjadi mutiara solehah, muslimah beriman, wardatul syauqah.. yang benar2 meletakkan cinta Allah sebagai tujuan utama, yang benar2 meletakkan Islam sebagai syariat dan pagar diri.. InsyaAllah!
p/s: "Ya Allah, peliharalah kami sebagaimana Engkau memelihara wanita2 solehah. Ameen."

No comments:
Post a Comment