Bismillahirrahmanirrahim
Sudah lama ana tidak membeli majalah i ini. Dulu, sempat juga buat koleksi majalah. Selepas tu, buat koleksi Majalah Anis pulak. Sekian lama sudah tidak membeli dan membaca majalah dan akhbar (emm.. sejak ada kemudahan wireless ni).
Tapi, sewaktu melintas di kedai buku, ana tertarik pada majalah i ini, kerana cover page nya adalah gambar MB Kelantan (negeri yang kusayangi) iaitu Tok Guru Nik Abdul Aziz, juga seorang tokoh ilmuan yang amat ana hormati dan kasihi.
Apatah lagi apabila sahabat ana menunjukkan tajuk yang dipaparkan dalam wawancara bersama TGNA itu.. "Cinta Indah Selepas Nikah". Hehe, lalu kami berdua menjadikannya koleksi majalah kami..
InsyaAllah, disini ana kongsikan sekadar kefahaman ana tentang wawancara tersebut. Untuk artikel asal, bolehlah membacanya dalam majalah i Oktober 2008.
"Cinta indah selepas nikah"
Temubual editor majalah i dengan TGNA
1. Kisah Nabi Yusuf adalah di antara kisah manusia yang mendapat hidayah berdepan dengan fitnah cinta. Sesungguhnya hidayah itu milik Allah, dan Nabi Yusuf adalah antara orang pilihan untuk mendapat hidayah. siapa yang menjadi pilihan Allah itu tidak dapat kita tentukan, namun pilihan itu selalunya diberikan kepada hamba yang berikhtiar untuk dekat padaNya.
2. Cinta itu fitrah semulajadi, tidak ternilai hebatnya. Sebab itu cinta paling utama adalah cinta hamba kepada Allah, malah kerana cinta pada Allah inilah maka hamba itu akan terselamat dari fitnah cinta manusia. Cinta itu murni sifatnya, namun salahnya apabila diletakkan pada tempat yang tidak sepatutnya atau disalahgunakan.
3. Kawalan syariat tetap menjadi perkara penting dalam menguruskan anugerah Allah ini. Tanpa panduan syariat, dibimbangkan akan menyebabkan seseorang itu terjebak dalam perkara yang bertentangan dengan batas2 syariat.
4. Rasulullah telah memberi panduan bahawa seorang wanita itu dikahwini kerana beberapa sebab iaitu kecantikan, harta, keturunan dan agamanya. Tetapi Nabi memberi panduan agar kahwinilah wanita itu kerana agamanya.Dlm sirah Rasulullah, perkahwinan Rasulullah dengan Saidatina Khadijah yang tidak dapat sesiapa pun menafikan pengorbanan ummul mukminin ini, didorong oleh kecintaan Saidatina Khadijah kepada Allah dan RasulNya.
5. Makin bertambah usia, makin mendalam cinta kerana isteri semakin sayang kepada suami kerana didikan dan penjagaan yang diberikan, manakala suami pula semakin kasih pada isteri kerana kasih sayang serta perhatian yang diberikan isterinya.
6. Setiap perbuatan yang boleh mendatangkan kasih sayang antara suami isteri adalah perbuatan makruf dan baik eg: memberikan hadiah perkara yang disukai.
7. Membina baitul muslim mestilah bermula dengan niat baik dan tepat mengikut syariat. Binalah perkahwinan kerana cinta kepada Allah dan menegakkan sunnah Rasulullah. Berkahwin untuk menyalurkan fitrah dan menghindari perzinaan, kemudian untuk mendapat zuriat dan generasi yang akan menyambung sunnah Rasulullah.
8. Jika ada situasi atau perhubungan yang boleh menggugat rumahtangga, cepatlah bertindak dengan menghindarinya.
wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment