Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Entah angin apa yang membuai hari ini, membuatkanku begitu berani untuk mencoretkan sesuatu untuk dirimu yang tak pernah ku kenali. saya sebenarnya tidak pernah berniat untuk memperkenalkan diriku kepada sesiapa. Apatah lagi meluahkan sesuatu yang hanya ku khususkan buatmu. Sebelum tiba masanya kehadiran seorang lelaki yang menuntut sesuatu yang ku jaga rapi selama ini semata-mata buatmu. Itulah hati dan cintaku, membuatkan saya tersedar dari lenaku yang panjang.
saya telah dididik ibu semenjak kecil agar menjaga maruah dan mahkota diriku kerana Allah telah menetapkannya untukmu suatu hari nanti. Kata ibu, tanggungjawab ibubapa terhadap anak perempuan ialah menjaga dan mendidiknya sehingga seorang lelaki mengambil alih tanggungjawab itu dari mereka. Jadi, kau telah wujud dalam diriku sejak dulu.
Sepanjang umurku ini. saya menutup pintu hatiku daripada mana-mana lelaki kerana saya tidak mahu membelakangimu. saya menghalang diriku daripada mengenali mana-mana lelaki kerana saya tidak mahu mengenali lelaki selainmu, apatah lagi memahami mereka. Kerana itulah saya sedaya kudrat yang lemah ini membatasi pergaulanku dengan bukan mahramku. saya lebih bersifat ‘perumahan’ kerana rumah itu tempat terbaik buat seorang perempuan. saya sering sahaja berasa tidak selamat diperhatikan lelaki. Bukan saya menyangka buruk terhadap mereka, tetapi lebih baik saya berjaga-jaga kerana contoh banyak di depan mata.
Apabila terpaksa berurusan dengan mereka, akanku buat expressionless face dan cool. Akanku palingkan wajahku daripada lelaki yang asyik merenungku ataupun cuba menegurku. saya seboleh-bolehnya melarikan pandanganku daripada ajnabi kerana pesan Sayidatina Ai’syah Radhiallauanha, “sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan tidan dipandang”. saya tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah saya hanya cantik dimatamu.
Apa guna saya menjadi idaman lelaki sedangkan saya hanya boleh menjadi milikmu seorang. saya tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan saya merasa terhina diperlakukan begitu seolah-olah saya ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati. saya tidak mahu menjadi punca kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharap sesutau yang tak dapat kuberikan.
Bagaimana akan ku jawab di hadapan Allah kelak andai disoal? Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi? Kalau ku tidak ingin kau memandang perempuan lain. saya dululah yang perlu menundukkan pandanganku. saya harus memperbaiki kelemahan dan menghias peribadiku kerana itulah yang dituntut Allah. Kalau saya inginkan lelaki yang baik menjadi suamiku. saya juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?
Tidakku nafikan, sebagai remaja saya memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun, setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah saya mengingatkan driku bahawa saya perlu menjaga perasaan ini kerana ia semata-mata untukmu. Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi lebihan lelaki lain. Lelaki itu berhak mendapat kasih sayang yang tulen, bukan yang telah dibahagi-bahagikan.
Diriku yang sememangnya lemah ini diuji Allah apabila seorang lelaki secara tidak sengaja mahu berkenalan denganku. saya secara keras menolak, tetapi dia tidak mahu mengalah. Lelaki itu tidak hanya berhenti di situ. Dia sentiasa menghubungiku dan menggangguku. saya berasa amat tidak tenteram, seolah-olah kehidupan yang ceria selama ini dirampas dariku.
saya tertanya-tanya adakah saya berada di tebing kebinasaan. saya beristighfar memohon keampunanNya. saya juga berdoa agar Dia melindungi diriku daripada sebarang kejahatan. Kehadirannya membuatkan saya banyak memikirkanmu. Kau ku rasa seolah-olah wujud bersamaku. Di mana sahaja saya berada, aqal sedarku membauat perhitungan denganmu. Ku tahu yang melamarku itu bukan dirimu. Malah saya yakin pada gerak hati woman intuitionku yang mengatakan lelaki itu bukan kau.
saya bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku ini untuk memilih berlian sedangkan saya hanyalah sebutir pasir yang wujud dimana-mana…tetapi saya juga ada keinginan seperti gadis lain, dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli Syurga dan memimpinku ke arah tuju yang satu.
Tidak perlu kau memiliki wajah seindah Nabi Yusuf Alahissalam yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk membuatku terpikat. Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti mencampakkan rasa kasih di dalam hatiku.. jua hatimu kali pertama kita berpandangan. Itu janji Allah. Akan tetapi selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan kau zahirkan perasaanmu itu kepadaku, kerana kau masih tidak mempunyai hak untuk berbuat begitu. Juga jangan kau lampaui batasan yang telah ditetapkan syarak. saya takut perlakuan itu akan memberi impak yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.
Permintaanku tidak banyak…cukuplah dirimu yang diinfaqkan seluruhnya pada mencari redha Ilahi. saya akan rasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri ataupun sandaran perjuanganmu. Bahkan saya amat bersyukur pada Ilahi kiranya akulah yang ditaqdirkan meniup semangat juangmu, menghulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu. Akanku kesat darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itu impianku.
saya pasti berendam air mata darah andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu kepadaku. Bukan itu yang ku mimpikan. Cukuplah engkau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu. Kerana dengan mencintai Allah kau akan mencintaiku keranaNya. Lantaran cinta itu lebih abadi daripada cinta insan biasa.
Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga. saya juga tidak ingin dilimpahi kemewahan dunia. Cukuplah dengan kesenangan yang telah diberikan ibubapaku dulu. Apa guna kau menimbun harta untuk kemudahanku sekiranya harta itu membuatkan kau lupa pada tanggungjawabmu terhadap agama. saya tidak akan sekali-kali bahagia melihatmu begitu. Biarlah kita hidup di bawah jaminan Allah sepenuhnya. Itu lebih bermakna bagiku...
p/s: untuk pemuda yang dijanjikan Allah swt buatku, kiranya ada. InsyaAllah.. akan ada..

2 comments:
InsyaALLAL, dia pasti datang bila tiba masanya nanti...
Cinta Kerana Allah
InsyaAllah, janji Allah itu pasti kerana semuanya telah ditentukanNya.
"Sesungguhnya solatku, ibadahku ,hidupku, dan matiku lillahirabbil 'alamin."
Post a Comment